Thursday, May 10, 2012

Pra-Universiti

Assalamualaikum



Hai saya Fathira Haiza binti Mohd Fadzli. Saya  sedang melanjutkan pelajaran di pra-universiti dalam bidang kemanusiaan. saya..... *Oh please stop it*
ayat kalah budak pra sekolah. hahahha *apa yang kelakar? apa yang kelakar?*  bOOoooo pada diri sendiri.
Ok ok serius *ehem..muka tegang* :P
bermula pada 8Mei hari tu iza dah daftar ke tingkatan 6 dan alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pada awalnya agak kelam-kabut sikit. Pukul 8.30 pagi Aliya kawan terlampau baik iza dah tercegat depan pintu tunggu Iza yang ala-ala mak datin yang sedang bersiap. Kesian Aliya terpaksa tunggu dan untung juga  buat iza sebab dapat kawan yang penyabar la sangattttt. Lepas Iza siap kita orang pergi rumah kawan  Syahirah namanya *betul ke aku eja nama kau ni?* hahaha then pergi sekolah sama-sama dengan hati yang terpaksa sama-sama.



Serius time tu hanya diri iza je yang pergi jasad tinggal kat rumah dan fikiran melayang ke Universiti. Oh sangat tragis :'(
Sampai-sampai sekolah pengawas dah tunggu depan pagar. Kaki baru nak melangkah masuk ke sekolah tiba-tiba kita orang ditahan dan dengan selamba badak pengawas hulurkan kertas.

"Ha apa?? RM120? "

Reaksi pertama Iza dan kawan-kawan yang lain buat muka ala-ala baru seminit putus cinta.

"Wei korang bawa duit? " 
"Tak. langsung tak tahu menahu pun"
"hampehhhh" *tepuk dahi*

Seorang kawan iza berjalan jumpa pengawas dan bertanya

"Ni kena bayar penuh ke?"
"Ye. tak ada duit tak boleh masuk. Pergi balik amik duit dah ada datang balik"

Ok nasib Iza hari tu ala-ala gadis melayu yang baru menang award kalau tak lama dah kasut aku masuk kat mulut pengawas tu. Dah la tak inform apa-apa pastu selamba je suruh balik. Terlalu bingung masa tu lalu iza telefon mama ngadu semuanya lepas tu telefon abah dan tak sampai 30minit abah datang bawa duit. Kesian abah time tu dah la pejabat jauh sanggup datang sekolah Iza semata-mata RM120. Masuk sekolah terus daftar. Ingat lepas daftar nak balik sebab hati pun dah panas dah la Iza tak rela masuk tingkatan 6 yang sekarang semua budak sekolah tu panggil Pra-U. Dengan kaki yang lemah-longlai dengan muka ala-ala nak kena penyepak laju-laju Iza dan kawan merangkap GENG iza menuju ke dewan sekolah baru kita orang. Dengar lah  ceramah mengenai tingkatan 6. ceramah serba sedikit tentang Pra-Universiti dan serba sedikit mengenai sistem pembelajaran yang baru.Habis semua kena psiko dengan cikgu. Daripada yang nak keluar sangat sekolah nak sangat tunggu intake kedua upu terus jadi dilema sama ada nak pergi Upu atau pra-U.



Dan hari ni adalah hari ke 3 iza di sekolah sebagai pelajar pra-u dan juga masih didalam minggu Orientasi.Oh ye iza juga dah mula jatuh cinta dekat pra-u ni. ALAMAK masih didalam dilema. hahaha. Ahhh dekat mana pun iza belajar harapan iza tetap sama iaitu nak berjaya dan nak jadi pendidik satu hari nanti. Insyallah :)

Wednesday, May 9, 2012

Penderaan. Manusiakah?

Assalamualaikum

Sedih setiap kali baca surat khabar ada je berita mengenai penderaan kanak-kanak dan setiap kali baca berita tu mesti hati Iza rasa sebak + kesian + geram. Sebak dengan kesian sebab tak sampai hati tengok mereka yang jadi mangsa dera tu.Menangis teresak-esak tapi yang mendera tak ada rasa simpati pun. Geram sangat tengok pendera tu. Ya Allah kenapa lah sanggup dia orang buat macam tu kat budak yang tak ada salah langsung dan tak tahu pun apa erti "salah". Mana perginya sifat penyayang seorang ibu kepada anaknya? Mana pergi sifat sayang seorang ayah pada anaknya? Mana pergi kelembutan seorang ibu? Mana pergi semua tu? Kenapa sanggup dera anak-anak kecil yang tak pernah buat salah. Lupakah mereka peranan seorang ibu dan peranan seorang ayah?

Menangis iza tengok berita mengenai penderaan ni. Mereka sangat TAK berperikemanusiaan sedang kan haiwan pun sangat sayang akan anak-anak tapi manusia macam ni lagi teruk dari binatang. Kadang-kadang iza fikir juga adakah mereka ni manusia ataupun syaitan yang bertopengkan manusia?.. Allah itu Maha mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat dalam hati setiap hambanya dan iza percaya itu. Mungkin pembalasan di dunia tak setimpal dengan perbuatan yang dah mereka buat tapi jangan lupa mereka tak mungkin boleh lari dari Mahkamah di Akhirat.







Tengok lah sebahagiaan yang dah menjadi mangsa dera sekaligus mangsa pembunuhan. Allah kurniakan akal fikiran untuk berfikir denga waras tapi mereka tak gunakan akal yang waras tu untuk fikir dengan betul. Iza kalau dengar budak menangis pun rasa kesian apa lagi nak pukul.Subhanallah.Islam pun dah bagi panduan yang betul untuk  menjaga anak-anak tapi panduan tu seolah-olah langsung tak digunakan dengan betul.Sepatutnya dunia makin maju jadi pemkiran pun kena lah matang tapi sedih sangat bila tengok majoriti penduduk Malaysia yang mendera dan menjadi mangsa dera.Tak terfikir ke dek akal mereka jika mereka di tempat mangsa dera? Ya Allah Ya Allah sangat sedih.Semoga mereka yang mendera kanak-kanak ni sedar akan perbuatan mereka tu. Insyallah

Sunday, May 6, 2012

Tetap kawan

Assalamualaikum

Dah dua hari kawan sekolah merangkap kawan yang suka bertikam lidah dengan iza mesej iza tapi bezanya sekarang dia tak ada di sini. Dia dah pun sambung belajar di salah sebuah pusat pengajiaan swasta. Mula-mula tahu dia dah sambung belajar iza terkejut sebab dia adalah kawan iza yang pertama melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama iza rasa geram nak marah dia cukup- cukup sebab dia pilih IPTS tanpa tunggu UPU sedangkan dia ada mohon UPU. *iza propa*


Semalam dia mesej iza dengan nombor yang tak iza kenali dengan mesej yang sangat ringkas
Keputusan UPU bila keluar ?  mesej darinya.
Iza diamkan diri dan dalam masa 5minit iza rasa kesian sebab tak jawab mesej "orang" yang iza tak ketahui tu. Dengan lajunya iza balas mesej tu serta bertanya siapa gerangan yang menghantar mesej tu.
Dengan selamba dia membalas Kekasih kau. hahaha. kau apa khabar?Masa tu Allah je lah yang tahu apa yang iza rasa. Ya Allah kawan aku. rindunya aku dekat dia. tersenyum iza ketika itu.


Ya Allah.. badItu je yang mampu iza balas. Terasa nak menitis air mata saat tu. Aku rindu sangat dekat kau.rindu sangat nak gaduh dengan kau sampai aku sakit hati.Rindu sekolah :"(
Iza tahu kawan iza yang sorang ni tak akan mesej  kalau tak ada hal yang penting.Dia sangat rajin sebenarnya.Dulu masa iza nak menduduki SPM dia adalah salah seorang kawan yang rajin ulangkaji dalam kelas walaupun tak ada yang perasan.


Hari ni dia mesej iza lagi dengan nombor lain juga.Firasat iza mungkin dia juga rindu akan iza.*perasan tahap gaban*.Assalamualikum. tengah buat apa? mesej darinya. Seperti selalu iza tak layan nombor yang iza tak kenal tapi dia tetap tak putus asa. Sayang sombonglah.   Iza mula tak senang dengan mesej dari entah siapa iza pun tak pasti. Siapa ye ni? soal iza. Kekasih kau . Tersenyum. bukan tanda iza suka mesej se
begitu cuma iza tahu siapa gerangan empunya mesej. Tapi hari ni iza ada bagitahu dia yang iza akan pindah ke tempat lain . Saat itu jugalah dia seperti tak keruan. Kau dah nak pindah rumah ? Kenapa kau nak pindah? Tak sayang aku ke? hahaha. Soalnya.
Dengan tenang iza beritahu dia Sebab aku nak cari ketenangan . tersenyum lagi. Apa selama ni kau tak tenang ke? duganya. Hahaha dia tak pernah berubah.Dengan spontan iza menjawab  Aku rindu sekolah. rindu nak gaduh dengan kau sebab tu aku nak pindah biar aku lupa sekolah. Lama juga iza tunggu balasan dari dia dan jawapannya Aku rindu kau juga kawan.


Selama mana iza kawan dengan dia tak pernah sekali dia bersikap seperti ini. Dia mula lain. Oh mungkin perasaan iza je tapi betul ke dia lain ? Ahh tak kisah lah dia dah berubah ke tak janji dia kawan iza.
Iza nak beritahu iza TAK pernah dan TAK akan pernah lupa kawan-kawan iza.Jadi korang jangan risau termasuk kau badrul nizam. Aku akan ingat kawan aku selalu sebab aku sayang kawan-kawan aku sampai mati.



bad selama mana aku kawan dengan kau aku tak pernah buat entry untuk kau.Ini adalah entry pertama yang aku buat untuk kau KAWAN :D

Walaupun aku lama tak jumpa kau tapi aku tetap ingat kau. Walaupun kau kat singapore atau KL kau tetap aku ingat. Eh? ayat aku sama lah. hahaha. Ahhh peduli pula aku. Terima kasih sebab kau tak pernah lupa aku kawan :D Semoga kau berjaya kejar cita-cita kau kawan. :)


Aku tetap kawan kau.insyallah :)

Saturday, May 5, 2012

Doakan saya


Assalamualaikum

Iza sedang dalam ketakutan dan kerisauan. Kenapa? Sebab keputusan UPU hampir keluar dan insyallah keputusan keluar pada 7 Mei ini. Tak tahu nak gambar kan perasaan iza bila fikir pasal nak sambung belajar ni yelah baru pertama kali kan.Macam-macam benda bermain di fikiran iza.Keputusan matrikulasi dengan tingkatan 6 dah pun keluar minggu lepas tapi iza tak dapat tempat di matrik dan alhamdulillah rezeki iza di tingkatan 6. Masalah sekarang ialah iza nak tunggu keputusan dari upu dulu dan kalau lah tak ada rezeki nak pergi sambung belajar di Universiti terpaksalah iza daftar ke tingkatan 6  atau pergi ke IPTS.


Harapan keluarga semestinya nak iza pergi IPTA dan iza pun harap perkara yang sama. Sebelum keluar keputusan dari upu ni biasalah IPTS sedang giat penawarkan tempat belajar mereka. Kadang-kadang ada yang telefon bagi info-info menarik tentang tempat mereka sampaikan tak sampai hati nak tolak tawaran dia orang. Tak ada niat pun nak cakap tempat dia orang tu tak bagus tapi memang semua orang nak masuk IPTA berbanding IPTS kan?. Salah sebab tawaran mereka di tolak ialah kos pembelajaran di sana terlalu mahal dan Iza rasa Iza tak layak masuk sana.


Antara tawaran dari IPTS untuk iza.



Walaupun ada tempat yang abah iza bagi pergi macam Kolej Universiti Islam Melaka tapi keputusan UPU perlu iza utamakan. Korang yang sedang tunggu keputusan upu macam iza. Iza doakan semoga korang juga akan dapat tempat di IPTA. Korang doakan lah kejayaan iza ye. terima kasih :D
Antara sebab lain juga kenapa iza nak pilih IPTA adalah kerana memang impian iza nak sambung di sana.
harap sangat isnin ni adalah hari iza. hari yang  boleh buat mama dengan abah iza tersenyum lagi. Oh ye iza ni ada satu masalah yang memang dari dulu iza tak boleh nak elak. Iza ni suka fikir negatif berbanding positif  :'(
macam sekarang ni iza fikir

Ramai sangat orang yang pandai sekarang tahun lepas je ramai dapat straight A tapi aku? dapat ke aku masuk IPTA ni



korang tolong doakan iza ye. doakan keputusan upu menyebelahi iza. doakan iza dapat pergi IPTA . doakan iza berjaya. doakan iza. doakan iza ye korang. iza terlalu risau :"(
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers